Selain dari memberi maklumat tentang ex-student SMS Machang, blog ini dibuat bagi menghubungkan ahli-ahli dan memberi perkhabaran atau berita serta laporan mengenai aktiviti-aktiviti secara individu mahupun berkumpulan yang melibatkan ahli SupReM@cy #0105 di mana-mana sahaja anda berada. Anda dialukan untuk menghantar laporan dan gambar aktiviti ahli kepada admin team melalui e-mel untuk dimuatkan di sini.
Sekiranya anda salah seorang ahli SupReM@cy #0105, jangan lupa untuk follow blog ini. Peace be upon us!

'sek kito jange pecoh'

Admin Team
supremacy0105@gmail.com

Salam Pembukaan

Setelah beberapa lama cadangan dikeluarkan oleh saudara Rizuan di "group friendster" untuk membuat satu website khas bagi batch SUPR3M@CY (0105), rasa bagaikan admin ditarik untuk membuat menggunakan blogspot. Sekarang masih dalam proses penambahbaikkan dan pengubahsuaian. Di sini, admin cuba untuk membuat yang terbaik untuk menghubungkan kita semua.

Di samping itu, untuk mengemaskini atau "update" blog ini, admin memerlukan beberapa orang dari ahli SUPR3M@CY untuk bersama-sama admin untuk bekerja dan menulis mahupun melaporkan apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan ahli SUPR3M@CY. Admin telah berbincang dengan "Manager" SuPr3m@cY 01-05 di Facebook dan juga Friendster tentang mewujudkan blog khas bagi batch kita. Beliau, Fahmin telah bersetuju dan menyokong kewujudan blog ini dan berharap agar ada dari kalangan ahli yang ingin bersama meng"update" dan mengemaskini blog ini.

Untuk menjadi atau membantu mengemaskini blog ini, anda semua dijemput. Bagi yang berminat, boleh menghantar email anda ke alamat email admin di supremacy0105@gmail.com bagi membolehkan anda semua mengemaskini berita-berita berkaitan ahli batch kita.

Akhir kata dari admin, SEP KITO JANGE PECOH.


4 comments to "Salam Pembukaan"

Followers

Cakap kosong tak guna:

SPM 5.2 Photobucket

School Song

Members Update

Page views

-It takes a long time to grow an old friend-