Selain dari memberi maklumat tentang ex-student SMS Machang, blog ini dibuat bagi menghubungkan ahli-ahli dan memberi perkhabaran atau berita serta laporan mengenai aktiviti-aktiviti secara individu mahupun berkumpulan yang melibatkan ahli SupReM@cy #0105 di mana-mana sahaja anda berada. Anda dialukan untuk menghantar laporan dan gambar aktiviti ahli kepada admin team melalui e-mel untuk dimuatkan di sini.
Sekiranya anda salah seorang ahli SupReM@cy #0105, jangan lupa untuk follow blog ini. Peace be upon us!

'sek kito jange pecoh'

Admin Team
supremacy0105@gmail.com

Majlis berbuka puasa 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR2 HENSEM DAN MACHO (SUPREMACY 0105)


Time
Tuesday, September 7 · 6:00pm - 11:30pm

Locationhotel sutera inn

Created By

More InfoLOKASI:hotel sutera inn
TARIKH:7/9/2010
BAYARAN: RM 33.00( seorang)
SYARAT=hensem parok(ktnyo naqiu)

CARA PEMBAYARAN:
bank:maybank
no.akaun:153083220795(mohd asyraf b che azmi)
p/s: klu bleh bank in sblm 30 hb..
sbb kno byr deposit sminggu awl dr tarik mjls..
slps bank in,inform sy trus.


Sedikit gambar dari jurugambar dan tuan kemera kita, En. Amsyar
































Maaf sebab lewat kemaskini pasal majlis buka puasa.

Read more


Selamat Pengantin Baru

Salam..selamat berpuasa untuk semua..=)

Walapon da agak lmbt untuk update..tp, nk update jugak...better late than never kn..hehe..:P

Tahniah untuk shbt kite, En Ridzuan dan isteri beliau, Puan Bazilin kerana tlh slmt melangsungkn hari bahagia mereka pada 31 julai 2010. Majlis ni tlh diadakan di rumah pihak pengantin perempuan di Kampung Gaal, p. puteh dengan bertemakan warna merah.Kami bertolak lps zohor dan smpi lbh krg pkl 2 ptg gitu. Manakala, rombongan pihak lelaki smpi dlm pkl 2.30 ptg.(klu x silap laa..hee)

Kt bwh ni merupakan gmbr2 yg smpt di snap oleh henpon sy.:




[pelamin pengantin]

[gmbr2 hantaran]


SELAMAT PENGANTIN BARU DAN KAMI DOAKAN SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU....=)


Read more


- Selamat Bertunang -(^_____^)



Tahniah kpd ridzuan(due samad) yg akn bertunang dgn psgn plhn pd sabtu ini,1 7 April 2010..

TAHNIAH~~

Moga berkekalan dan bahagia selalu..(^_^)





Read more


Banner Blog Supr3macy

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca sekalian? Ahli-ahli supremacy semua, serta si cilik, harap semua sihat. Kiriman kali ini adalah untuk mempromosikan banner blog supr3macy. Agak simple dan mungkin kurang menarik kerana tiada idea yang kreatif untuk membuat banner. Tapi kalau ada sesiapa yang lebih kreatif, bolehla hantarkan hasil anda ke email admin blog ini.


Banner ini dibuat untuk kepada penulis-penulis blog yang lain. Anda boleh mempromosikan blog supremacy ini di laman blog anda.

Supr3Macy0105

Salin dan tampal code di bawah untuk diletakkan banner ini dalam blog anda.


Supr3Macy0105

Read more


Si cilik Ahli SupreMacY

Setakat ini, sudah dua orang ahli supremacy0105 telah diijabkabul menjadi suami kepada seorang isteri dan isteri kepada seorang suami. Setelah menempuh dugaan hidup sebagai seorang suami dan seorang isteri, kedua-dua telah dianugerahkan cahaya mata masing-masing. Ini adalah gambar yang tidak seberapa yang diambil dari FB ahli supremacy0105.

Anak Ummi Asma
Anak pertama:

Anak ke-2:


Sumber: FB Amna Afiqah

Anak Mohd Rizal
Anak sulung:


Sumber: FB Mohd Rizal

Read more


Mesyuarat Agung Alumni SMACH

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Alumni SMACH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)

Masa: 9 pagi - 12 tengahari,

Tempat: Restoran D Tasik, Uniten, Bangi

Cadangan agenda:

1. Laporan aktiviti oleh Setiausaha/YDP

2. Laporan kewangan - bendahari

3. Pemilihan AJK 2010-2012

4. Pindaan Perlembangaan Persatuan - sekiranya ada - sila maklum terlebih dahulu

5. Sesi perkongsian maklumat - bagaimana memulakan perniagaan serta perkongsian ilmu/maklumat lain

6. Lain-lain.

- Kudapan - brunch akan disediakan.

Cadangan sumbangan

RM15 setiap ahli yang hadir. Kos lain akan ditanggung persatuan. Mohon hadir beramai ramai. Sila maklumkan kehadiran kepada Saudara Yusrizal - 0193517717 ataupon email kepada mmohdyus@tnb.com.my.

Terima kasih.

Pastikan anda mendapat kemaskini terkini di SMACH alumni facebook

[Kepada mana-mana ahli supremacy yang berada berdekatan dengan tempat mesyuarat itu dijemput untuk menghadirkan diri.]

Sumber: Smach.org

Read more


Ecoh.

SMACHIAN 01-05! SUPREMACY.. hee tq sbb invite aku jadi author blog ni.. hehehehe

 
TMM
  
 M. Nor
 
AJ 
wan Z..

lalalalalala

Read more


FORM SIX

Assalamualaikum semua...
Sapo hok ado gambar yang resolusinya lebih besar? Harap boleh hubungi aku.
Terima kasih.
-aLem-

Read more


Pengenalan Twitter Supr3m@cy0105

Apa itu twitter? Ingin mengetahuinya, klik di sini.

Supremacy's crew telah mendaftar sebuah account twitter atas nama "SUPREMACY0105". Bagi sesiapa yang belum mempunyai account twitter, boleh mendaftarkan diri dengan klik di sini ataupun gambar di bawah ini.



Bagi yang sudah berdaftar, anda hendaklah log masuk ke akaun anda untuk membolehkan anda follow atau mengikuti perkembangan twitter supremacy0105. Untuk log masuk, anda bolehlah klik di sini ataupun klik pada gambar di bawah.



Selepas anda siap mendaftar masuk ke twitter, klik pada lambang twitter (seperti dalam gambar di bawah) di blog Supr3m@cy0105 untuk memudahkan anda mengikuti ataupun follow twitter supremacy.



Selepas itu, browser anda akan di membuka satu laman baru yang seperti gambar di bawah. Untuk follow twitter supremacy0105, tekan butang "FOLLOW" seperti dalam bulatan merah di bawah.



Anda sekarang telah follow atau berhubung dengan twitter supremacy.

Selamat mencuba.
-niktaufik-

Read more


Salam Pembukaan

Setelah beberapa lama cadangan dikeluarkan oleh saudara Rizuan di "group friendster" untuk membuat satu website khas bagi batch SUPR3M@CY (0105), rasa bagaikan admin ditarik untuk membuat menggunakan blogspot. Sekarang masih dalam proses penambahbaikkan dan pengubahsuaian. Di sini, admin cuba untuk membuat yang terbaik untuk menghubungkan kita semua.

Di samping itu, untuk mengemaskini atau "update" blog ini, admin memerlukan beberapa orang dari ahli SUPR3M@CY untuk bersama-sama admin untuk bekerja dan menulis mahupun melaporkan apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan ahli SUPR3M@CY. Admin telah berbincang dengan "Manager" SuPr3m@cY 01-05 di Facebook dan juga Friendster tentang mewujudkan blog khas bagi batch kita. Beliau, Fahmin telah bersetuju dan menyokong kewujudan blog ini dan berharap agar ada dari kalangan ahli yang ingin bersama meng"update" dan mengemaskini blog ini.

Untuk menjadi atau membantu mengemaskini blog ini, anda semua dijemput. Bagi yang berminat, boleh menghantar email anda ke alamat email admin di supremacy0105@gmail.com bagi membolehkan anda semua mengemaskini berita-berita berkaitan ahli batch kita.

Akhir kata dari admin, SEP KITO JANGE PECOH.

Read more

Followers

Cakap kosong tak guna:

SPM 5.2 Photobucket

School Song

Members Update

Page views

-It takes a long time to grow an old friend-